Tentang Maahad BQWH

Pengenalan

Firman Allah swt di dalam Surah  At-Taubah ayat ke-105

وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ .

Mafhumnya :-

Katakanlah: “Bekerjalah kamu, Maka Allah danRasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Baitul Quran Wal Hadith (BQWH), merupakan sebuah Maahad Tahfiz Integrasi yang berdaftar sebagai sebuah Sekolah Islam dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Sistem pengajian di Maahad BQWH ini adalah berteraskan kepada pengajian  Al-Quran dan Al-Hadith serta Adab Islami, yang telah beroperasi di sekitar daerah Seremban sejak awal tahun 2016.  dengan bilangan pelajar  seramai 10 orang dan seorang guru dan pentadbir.  Kini BQWH sedang mengendalikan pengajian untuk pelajar melebihi 100 orang yang terdiri dari 3 katogari iaitu pelajar sepenuh masa (berasrama), pelajar harian dan pelajar mingguan. BQWH kini  mempunyai 5 orang guru (4 darinya Al-Hafiz dan Al-Hafizah), seorang Pegawai Kewangan dan seorang Pegawai Tadbir merangkap ketua waden.

Mulai tahun 2018 ini, pelajar juga diberi peluang mengikuti kelas akademik untuk  membolehkan mereka menduduki Peperiksaan SPM (kepada yang telah mencapai umur 17 tahun).  Selain dari itu, BQWH juga telah menjalin kerjasama dengan Kolej Komuniti berdekatan untuk menyediakan pelbagai kursus kemahiran  yang bersesuaian untuk para pelajar BQWH serta warga BQWH yang berminat. Ini bertujuan untuk membantu para pelajar mencari sumber pendapatan  sendiri apabila tamat belajar di Maahad BQWH nanti. Ianya juga diharapkan boleh menjana pendapatan tambahan kepada warga BQWH yang terlibat untuk sama-sama membantu pengembangan BQWH serta  menyumbang kepada masyarakat sekeliling secara umumnya.

Firman Allah swt di dalam Surah At-Taubah ayat ke-105

Bekerjalah kamu, Maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Champion School at a Glance
0 +
Pelajar
0 +
Tenaga Pengajar
0 +
Clubs & Activities
0 +
Active PTFA Members
VISI

Komuniti “Berilmu, Beriman dan Beramal Soleh”

MISI

Melahirkan Insan yang Beriman, Berpengetahuan dan Berkemahiran dalam pelbagai bidang yang mampu menyumbang kepada Pembangunan Masyarakat yang  berprinsipkan Al-Quran dan As-Sunnah.

OBJEKTIF
  1. Memperkasa sistem pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Hadith serta Ilmu Diniah mengikut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  2. Melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa.
  3. Melahirkan Daei yang berketerampilan dari segi ilmu dan sahsiah yang mencontohi Rasulullah sebagai role model masyarakat.
  4. Menyebarluaskan syiar Islam melalui kuliah tafaqquh fiddin dengan mengguna pakai kemajuan teknologi multimedia.
  5. Menyediakan platform untuk membantu Pembangunan Ekonomi masyarakat melalui aktiviti perniagaan yang berkonsepkan kebajikan.
  6. Menggalakan masyarakat berwakaf dan berinfaq dalam Pembangunan Pendidikan dan Ekonomi.
  7. Melahirkan ramai sukarelawan amal untuk memberi khidmat kepada masyarakat.